Bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) melawat Medic-Hote…
Bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) melawat Medic-Hotel di perkarangan Hospital Umum Sarawak. Hotel yang baru siap ini akan dijadikan Pusat Kuarantin untuk saringan PUI dan PUS kes Covid-19. Pada masa yang sama SDMC telah mencadangkan untuk pertambahan 36 katil bagi meningkatkan kapasiti Unit Rawatan Intensif (ICU) di Hospital Umum Sarawak.