Lawatan kerja ke Kampung Sibu Laut untuk meninjau tapak tanah yang akan dibina s…
Lawatan kerja ke Kampung Sibu Laut untuk meninjau tapak tanah yang akan dibina sebuah Balairaya. Ini adalah salah satu Projek RTP dalam kawasan DUN N.4 Pantai Damai yang diselenggarakan oleh JKR Bahagian Kuching dan projek pembinaan akan bermula bulan depan. Apabila siap nanti, balairaya ini akan menyediakan kemudahan untuk pelbagai aktiviti masyarakat di kampung ini seperti kegiatan sukan dan riadah, majlis kenduri dan menjadi pusat penerangan kepada pelawat dan pelancong yang bertandang ke kampung ini. Kampung Sibu Laut yang terletak di seberang Sungai Telaga Air terkenal dengan keindahan alam semulajadi dengan pelbagai flora dan fauna.