Majlis Pelancaran Pusat Pemuliaan Al-Quran Bahagian Kuching di Masjid Darul Hana…
Majlis Pelancaran Pusat Pemuliaan Al-Quran Bahagian Kuching di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin. Ia akan memberi kemudahan kepada umat Islam untuk melupuskan naskah Al-Quran lama, kitab serta sebarang bahan yang terdapat ayat-ayat Al-Quran secara teratur dan terbaik. Pusat ini dikelolakan bersama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Masjid Darul Hana dan Koperasi Masjid Darul Naim. Umat Islam di Bahagian Kuching dan Samarahan boleh menggunakan kemudahan ini dengan menghubungi AJK Masjid Darul Hana.