Majlis Penangguhan Bengkel Pemerkasaan Kejiranan Mesra DBKU 2021. Kesemua 48 Jaw…
Majlis Penangguhan Bengkel Pemerkasaan Kejiranan Mesra DBKU 2021. Kesemua 48 Jawatankuasa Kejiranan Mesra (KJM) dalam kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara telah merangka pelbagai aktiviti untuk dikelolakan di kawasan masing-masing sepanjang tahun ini. Sejak dimulakan pada tahun 2001, Program KJM telah berjaya membantu meningkatkan tahap kehidupan kemasyarakatan yang lebih berkualiti di kalangan wargakota dalam Bandaraya Kuching Utara. Tahniah kepada Datuk Bandar, Pengarah dan semua warga kerja Dewan Bandaraya Kuching Utara di atas kecemerlangan pengurusan dan pelaksanaan Program KJM ini.