Pagi tadi kami singgah di rumah bernombor 1543, Lorong Damai 3C, Bandar Baru Sam…
Pagi tadi kami singgah di rumah bernombor 1543, Lorong Damai 3C, Bandar Baru Samariang Fasa 1 untuk menziarah dan menyampaikan sumbangan kepada Saudara Semawi Anak Bugak. Semawi yang berusia 64 tahun yang telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di bahagian esophagus beberapa bulan yang lalu. Beliau tidak dapat makan seperti biasa dan bergantung sepenuhnya kepada susu khas melalui nasogastric feeding. Kini beliau tidak dapat bekerja dan keperluan harian dibantu oleh isteri dan anaknya. Semoga beliau segera sembuh.