Penyerahan kunci Rumah Sejahtera kepada Puan Tan Ah Moy di Kampung Temedak Melay…
Penyerahan kunci Rumah Sejahtera kepada Puan Tan Ah Moy di Kampung Temedak Melayu, Jalan Telaga Air dalam kawasan DUN N.4 Pantai Damai. Rumah yang sudah siap pembinaannya ini adalah Program Rumah Sejahtera Pantai Damai bagi menggantikan rumah lama keluarga ini yang agak daif. Puan Tan, 60 tahun kini tinggal di rumah baharu bersama dua orang cucu setelah kematian suaminya pada Januari yang lalu. Semoga projek rumah ini memberi manfaat kepada keluarga ini.