Sebuah lagi rumah dalam Program Rumah Sejahtera Pantai Damai telah siap dibina s…
Sebuah lagi rumah dalam Program Rumah Sejahtera Pantai Damai telah siap dibina sepenuhnya. Alhamdulillah. Pagi tadi telah diadakan acara penyerahan kunci rumah kepada Saudara Awang Termizi Awang Mahani 39 tahun, seorang nelayan di Kampung Jaya Bakti, Jalan Matang. Sebelum ini beliau tinggal di sebuah rumah kotena bersama isteri dan lima orang anaknya. Rumah Sejahtera Pantai Damai ini mengandungi 3 bilik tidur, ruang tamu dan ruang dapur. Semoga keluarga ini dapat tempat kediaman yang lebih selesa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan suasana yang lebih meriah dan ceria. Terima kasih kepada Ketua Kampung KK Dris Bohari, Ketua PBB Ranting Sulaiman Mon dan AJK JKKK dan Ranting PBB Kampung Jaya Bakti yang banyak membantu melancarkan pelaksanaan program ini.